Friday, April 30, 2010

Belajar PHP & MySQL

Kenapa perlu memamahi Asas PHP dan MySQL ?

PHP merupakan satu bahasa skrip yang paling banyak digunakan pada ketika ini. Kajian dari NetCraft menunjukkan bahawa angka 52juta (70.9%) pengguna menggunakan PHP sebagai bahasa prorgamming. Apa yang menarik sangat tentang PHP ini?
Terdapat banyak kelebihan mempunyai pengetahuan asas di dalam pembangunan laman web dinamik menggunakan PHP dan MySQL:

Anda boleh membina atau mengubah laman web dinamik sendiri.

Mengurangkan kos bagi mengupah programmer (jika terdesak, hubungi saya...)

Memberikan anda pengetahuan dan kemahiran hebat dalam membina sistem pengkalan data sendiri atau laman web dinamik. Pasti rakan-rakan anda teruja!

Tuesday, April 27, 2010

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
[RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN]

Al-Qur

"Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."

PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini

Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.

- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Klik DISINI untuk maklumat lanjut :

Rahsia SEO Terbongkar by Steve Wiideman

Untuk perkongsian bersama rakan-rakan "Rahsia SEO Terbongkar"
Klik Link Di bawah :

Top 10 SEO Tips


Search engine optimization (SEO) is the process of improving the volume or quality of traffic to a web site or a web page (such as a blog) from search engines via "natural" or un-paid ("organic" or "algorithmic") search results as opposed to other forms of search engine marketing (SEM) which may deal with paid inclusion. The theory is that the earlier (or higher) a site appears in the search results list, the more visitors it will receive from the search engine. SEO may target different kinds of search, including image search, local search, video search and industry-specific vertical search engines. This gives a web site web presence.

As an Internet marketing strategy, SEO considers how search engines work and what people search for. Optimizing a website primarily involves editing its content and HTML and associated coding to both increase its relevance to specific keywords and to remove barriers to the indexing activities of search engines.
Banner 125 x 125

Sunday, April 25, 2010

Panduan CAP mengenai cara mengurus wang & lain-lain

ULASAN : Buku ini akan membimbing anda di sepanjang perjalanan menuju jaminan kewangan masa depan. Ia mengajar anda langkah demi langkah tentang berjimat dan berbelanja secara bijak, sewa beli dan skim bayaran mudah, kad kredit, perangkap hutang & kebankrapan , kos sebenar membeli rumah atau kereta, bayaran guaman & guaman, kebenaran mengenai insurans, KWSP & PERKESO, cukai pendapatan, isu wang ketika berkahwin & bercerai, persarab , wasian dan banyak lagi. Buku ini turut memaparkan perjalanan sistem kewangan , polisi dan kekurangannya, selain membuka mata para pengguna agar tidak mudah terpedaya.

Friday, April 23, 2010

Perkongsian dari Sahabat Ulat Buku.Com

Your Name: nuarkkbbm
Your Email Address: nuarkkbbm@yahoo.com.my
Tajuk Buku: Amalan Ketika Mangandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi
Ulasan/Perkongsian Anda: Buku ini memudahkan kita melakukan amalan semasa mengandung dan menjaga kesihatan ketika pantang. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.

Thursday, April 22, 2010

MENGURUS KEWANGAN


Sebuah buku yang menjelaskan dengan lengkap cara-cara mengurus kewangan terutama bagi mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan. Mengandungi pelbagai panduan yang lengkap untuk dijadikan rujukan.
Antaranya ialah pengenalan kepada pengurusan kewangan, persekitaran kewangan di Malaysia, maklumat syarikat kewangan, analisis penyata kewangan, perancangan dan ramalan kewangan, analisis nilai mata wang, penilaian bon dan saham, pulangan dan risiko belanjawan serta pengurusan modal kerja.

Wednesday, April 21, 2010

BUATMU KEKASIH


Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
Tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.
Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen

Tahun berlalu... Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang. Segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

BUATMU KEKASIH, mengqambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahagia mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang, saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi iktibar untuk kita meniti hidup seharian.

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung


Menghimpunkan koleksi pengalaman suka duka kehidupan wanita bertudung yang diadaptasi daripada kisah benar supaya menjadi pedoman kepada pembaca. Karya-karya yang disumbangkan dalam buku ini adalah hasil garapan wanita profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam, pensyarah, guru, konsultan, pelajar, bekas selebriti dan pengurus rumah tangga.

AJAIBNYA SEDEKAH


Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.